seismik

Kena Hantar Balik Asrama Sebelum 6.30 Petang, Reaksi Adik Cuak Takut Lambat Ini Cuit Hati

Takut kena rotan lah tu.

Cover image via @syaf_faaaaaaa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi anda yang pernah tinggal di asrama sebelum ini pasti mempunyai pelbagai kenangan manis bukan

Tambahan lagi jika kita tinggal di asrama pada zaman persekolahan kerana ia lebih sedikit ketat daripada tinggal di asrama universiti.

Sama seperti video di TikTok ini apabila gelagat seorang pelajar lelaki yang cuak kerana lambat sampai di asrama telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@syaf_faaaaaaa kalau ikutkan biar je dia kena rotan baru ada akai.. dia kata asyik muka sama kena rotan..kakak kau dh kira bwk drift dh tu.. aduhai si bongsu! #adikberadik #gurauje #tiktok #family #budakasrama Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) - yo suzuki(akisai)

Cuak sebab dah lambat nak balik asrama

Menerusi video tersebut, kelihatan keluarga berkenaan semasa itu sedang menuju ke sekolah asrama si adik untuk menghantarnya pulang.

Seperti yang kita tahu, jika tinggal di asrama, pelajar akan dikenakan denda jika tidak pulang mengikut masa yang ditetapkan.

Disebabkan itu, si adik lelaki dilihat cuak kerana sudah lambat. Malah, dia juga sempat menyuruh kakaknya agar memecut laju sedikit untuk mengejar masa.

"Sumpah aku faham perasaan dia" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan ada juga berkongsi pengalaman sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 135.3K likes dan 1,236 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: 

Admin pun pernah rasa benda sama macam adik ni. Lain kali jangan lambat ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: