seismik

Selain Isteri Tun M, Ini 9 Lagi Perkara Tentang Tun Siti Hasmah Yang Ramai Tak Tahu

Main biola pun dia pandai okay!

Cover image via ukmba-malaysia.blogspot.my

Kami pasti ramai yang tidak begitu kenal siapakah sebenarnya Tun Dr Siti Hasmah bukan? Jom kita kenali beliau di bawah:

1. Anak kelahiran negeri Selangor Darul Ehsan

Tun Dr Siti Hasmah, isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dilahirkan pada tahun 1926 di Kampung Jawa, Klang, Selangor. Tun Siti merupakan anak keenam daripada sepuluh adik-beradik. Bapanya, Hj Mohd Ali, adalah seorang pegawai kerajaan manakala ibunya, Hajah Siti Khatijah bt Ahmad, merupakan seorang suri rumah.

2. Salah seorang doktor wanita pertama di Malaysia dan merupakan Pegawai Perubatan wanita pertama di negeri Kedah

Tun Dr Siti Hasmah memulakan pengajiannya di Methodist Girls School, Kuala Lumpur. Dia kemudian menyambung pelajaran di Sekolah St Mary dan Pudu English School, di mana beliau memperoleh Sijil Sekolah.

Beliau adalah di antara wanita Melayu pertama yang ditawar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII Collage of Medicine, Singapura. Pada tahun 1955, beliau telah menerima Ijazah Doktor Perubatan daripada Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Singapura.

Pada tahun 1965, beliau menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Perubatan di dalam Bahagian Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanak-kanak, dan pada 1974, beliau juga merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Negeri Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak.

3. Berkenalan dengan Tun Dr Mahathir semasa belajar di Singapura kemudian berkahwin pada 1956

Potret perkahwinan Tun Siti Hasmah bersama Tun Mahathir pada 1956.

Image via kl.coconuts.co

Semasa belajar di Singapura, dia bertemu dengan Tun Dr Mahathir, yang juga mendaftar pada tahun yang sama.

Pada 4 Ogos 1956, Tun Dr Siti Hasmah berkahwin dengan Tun Dr Mahathir di Kuala Lumpur. Selepas perkahwinan itu, mereka berpindah ke Alor Setar, Kedah dan berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor Setar.

4. Dikurniakan 7 cahaya mata; tiga perempuan dan empat lelaki

Image via twitter.com

Tun Dr. Siti Hasmah dan Tun Dr. Mahathir mempunyai tujuh orang anak - tiga perempuan dan empat lelaki. Mereka adalah:

1. Marina Mahathir
2. Mirzan Mahathir
3. Melinda Mahathir
4. Mokhzani Mahathir
5. Mukhriz Mahathir
6. Maizura Mahathir
7. Mazhar Mahathir

5. Aktif mendidik tentang bahaya penyalahgunaan dadah kepada rakyat Malaysia dan dunia

Tun Dr Siti Hasmah juga menerbitkan beberapa artikel mengenai perubatan keluarga dan faktor sosioekonomi yang berkaitan dengan mengandung dan pembesaran kanak-kanak di Malaysia.

Image via susuibu.com

Sebagai bekas Presiden BAKTI (Badan Kebajikan Isteri Menteri dan Timbalan Menteri), beliau aktif menjalankan pelbagai usaha mendidik remaja Malaysia tentang bahaya penyalahgunaan dadah sehingga dijemput menghadiri First Ladies' Conference on Drug Abuse di Washington DC. Jemputan pada tahun 1985 itu dilakukan sendiri oleh Nancy Reagan, bekas wanita Pertama Amerika Syarikat juga isteri kepada mendiang Presiden Ronald Reagon.

6. Isteri Perdana Menteri Malaysia pertama yang mendapat gelaran Tun

Image via twitter.com

Pada 31 Oktober 2003, Dr Siti Hasmah menerima Anugerah Persekutuan Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) yang membawa gelaran Tun bersama-sama dengan Perdana Menteri yang telah dianugerahkan SMN (Seri Maharaja Mangku Negara) selepas bersara. Ini merupakan kali pertama isteri seorang Perdana Menteri Malaysia mendapat gelaran Tun dari Yang di-Pertuan Agong.

7. Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bermain badminton secara kompetitif sehingga umur 75 tahun

Badminton adalah sukan yang mempunyai nilai sentimental dalam dirinya. Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ini sangat aktif melibatkan diri dalam hal ehwal sukan badminton negara sehingga beliau dianggap sebagai ibu kepada para pemain badminton negara.

Kejayaan beliau yang paling manis adalah apabila Malaysia berjaya membawa pulang Piala Thomas pada tahun 1992 selepas kali terakhir piala tersebut berada di negara ini pada tahun 1985.

8. Pandai bermain alat muzik seperti biola dan piano

9. Pernah terlupa suami adalah seorang Perdana Menteri

"Kadang-kadang saya lupa siapa dia. Saya masih ingat ketika saya membawa suami saya ke hospital selepas terkena serangan jantung pertama beberapa tahun lepas, ada orang beritahu saya bahawa saya perlu memaklumkan kepada ahli keluarga dan juga Timbalan Perdana Menteri. Selepas itu, baru saya ingat rupa-rupanya saya membawa Perdana Menteri ke hospital," seloroh beliau.

Pada 20 Julai 2016, Tun Dr Siti Hasmah melancarkan sebuah buku biografi beliau yang berjudul 'My Name Is Siti Hasmah' sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-90

Image via www.bukuboy.com

Buku ini mempunyai semua cerita beliau dari zaman kanak-kanak, sebagai pelajar perubatan, bagaimana dia bertemu Tun Dr Mahathir, berkhidmat untuk negara sebagai salah seorang doktor wanita pertama, membesarkan anak-anak, menjadi isteri kepada seorang Perdana Menteri dan banyak lagi. Apa yang unik mengenai buku ini ialah ianya ditulis dalam nada penceritaan beliau sendiri.

Buku ini mengambil masa enam bulan untuk disiapkan. Ia mengandungi gambar-gambar lama dan baru serta naratif yang menarik tentang isteri Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di Malaysia.

LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi:

You may be interested in: