seismik

[GAMBAR] Kampus UIA PJ Dilanda Kesunyian Dahsyat Setelah Ditinggal Usang Hampir 2 Tahun

Seriau tengok.

Cover image via Muhd Zamakhsyari / Facebook

Siapa-siapa yang pernah melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi pasti merindui zaman belajar dahulu kala, kan?

Image via Farouq Johari

Detik bersama rakan-rakan itulah antara yang paling bermakna dalam hidup. Mana taknya, hari-hari kita menghabiskan masa belajar, makan, bermain, dan melakukan macam-macam aktiviti bersama rakan-rakan seperjuangan. Bukan senang nak dapatkan moments yang macam itu lagi.

Seperkara lagi yang kita rindukan tentunya institusi atau tempat kita melanjutkan pelajaran

Tidak kiralah sama ada politeknik, universiti awam, universiti swasta, kolej, atau maktab, tempat kita menuntut ilmu selama bertahun-tahun semestinya meninggalkan seribu satu kenangan.

Pasti terngiang-ngiang suasana menetap di bilik, bersantap di kafe, belajar di dalam kelas, menyiapkan tugasan di makmal, bersukan di stadium, last minute study di perpustakaan, dan macam-macam lagi. Bila difikirkan semula, rasa macam nak patah balik ke masa lampau dan repeat semula zaman belajar dulu.

Ah, seronoknya!

Bagi mana-mana graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang pernah menetap di kampus Petaling Jaya, gambar-gambar yang bakal kami sajikan ini pasti menggamit memori indah

UIAM kampus Petaling Jaya

Image via Mohammad Faisal

Kampus di Petaling Jaya ini adalah yang pertama buat UIAM selepas ditubuhkan secara rasmi pada 23 Mei 1983.

Pada 2001, kampus ini ditukar kepada pusat matrikulasi yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Asas (CFS) untuk pelajar Sains dan Undang-Undang selepas UIAM membuka kampus induk seluas 272 hektar di Gombak.

Dan pada 31 Disember 2017, pusat matrikulasi Petaling Jaya ini disahkan tutup dan diserahkan kepada Lembaga Kolej Islam Malaysia (LARKIN)

Bagaimana keadaan kampus Petaling Jaya ini sekarang? Lihat di bawah:

Gambar-gambar di atas telah dimuat naik oleh Muhd Zamakhsyari di Facebook pada 25 Mac 2019 lalu

Menerusi ruangan komen, kami difahamkan bahawa Muhd Zamakhsyari atau Ustaz Zam merupakan seorang pensyarah yang pernah mengajar di sini suatu ketika dahulu.

Dilanda kesunyian yang dahsyat setelah ditinggalkan, hanya tinggal penghuni-penghuni bisu."
Muhd Zamakhsyari

Selain 4 gambar di atas, Ustaz Zam memuat naik 21 lagi keping gambar yang menunjukkan keadaan usang kampus tersebut

Setelah ditinggalkan lebih setahun tanpa penghuni, kampus yang dahulunya ceria dan meriah kini tampak begitu kelam, kusam, dan sedikit seram.

Kami yakin, siapa-siapa yang melawatnya mesti akan rasa seriau.

Gambar lorong ini yang paling banyak mendapat Likes

Barangkali gambar ini menyimpan terlalu banyak memori buat bekas pelajar di sana.

Untuk koleksi penuh gambar, boleh klik di sini.

Ura-ura ada mengatakan bahawa kampus ini mungkin akan diambil alih oleh Universiti Malaya (UM) pada masa akan datang. Namun sehingga kini ia masih terbiar sepi.

Netizen, terutamanya bekas pelajar di situ masing-masing berasa tersentuh dan sedih melihat keadaan kampus itu sekarang

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

"Budak UIA mesti pandai Arab, kan?"

"Nope!"

Anda #teamhostel atau #teamrumhsewa?

You may be interested in: