seismik

UiTM Umum Istiadat Konvo Terpaksa Ditangguh, Graduan Tuntut 'Ganti Rugi' Kos Tiket Flight

Istiadat Konvokesyen ke-93 yang dijadualkan pada 2 hingga 23 Mac 2022 itu ditangguhkan ke Jun-Julai 2022.

Cover image via UiTM Pulau Pinang & UiTM Shah Alam

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan salah satu universiti awam yang selalu mengadakan konvokesyen setiap tahun untuk para pelajarnya

Walau bagaimanapun, menerusi kenyataan terbaru yang dimuat naik menerusi laman rasmi Facebook mereka, pihak UiTM terpaksa menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-93 universiti itu yang dijadualkan bermula pada 2 hingga 23 Mac ini susulan peningkatan kes jangkitan harian Covid-19.

Keputusan penangguhan berkenaan dibuat selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) yang diadakan semalam.

"Melalui Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) semalam, pihak universiti bersetuju untuk menangguhkan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 yang dijadualkan bermula pada 2 hingga 23 Mac 2022 yang membabitkan seramai 27,287 graduan.

"Penangguhan ini membabitkan UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Sarawak serta UiTM Cawangan Sabah dan Istiadat Konvokesyen ini dijangka akan dilaksanakan pada Jun hingga Julai 2022.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dan keprihatinan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), berikutan peningkatan penularan jangkitan Covid-19 secara mendadak di seluruh negara yang amat membimbangkan pihak universiti," tulis kenyataan itu.

Penangguhan itu juga mengambil kira keselamatan, kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan graduan serta semua warga universiti

"Pihak pengurusan UiTM memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh graduan dan ibu bapa serta turut berasa kesal dengan situasi yang di luar kawalan ini dan amat menghargai kefahaman, sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam hal ini.

"Maklumat terkini mengenai penangguhan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 boleh dirujuk di laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my atau menghubungi 03-55443110 atau 03-55443114.

"UiTM akan terus memantau perkembangan wabak ini serta menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa," katanya.

"Melampaulah, orang dah beli ticket flight kot.. Dah lah last minute keluar tarikh konvo" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen pula mendapati, rata-rata netizen dalam kalangan graduan meluahkan rasa kesal dan tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat.

Mereka mendakwa sudah membeli tiket penerbangan, booking hotel dan mengambil cuti tahunan untuk ke Istiadat Konvokesyen berkenaan.

Malah, ada juga yang ingin mahukan pihak universiti menanggung ganti rugi kos perbelanjaan mereka telah keluarkan untuk majlis tersebut.

Berikut antara komen netizen di Facebook:

Dalam pada itu, UiTM juga telah memberi maklum balas mengenai isu tersebut dan 'tidak' dapat menanggung ganti rugi kos berkenaan

Begitupun menerusi pautan yang dimuat naik oleh UiTM mengenai Soalan Lazim (FAQ) Penangguhan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 (Sesi November 2020).

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UiTM sedang berusaha untuk memudahkan isu tiket penerbangan dengan syarikat penerbangan.

Berikut di bawah antara senarai Soalan Lazim (FAQ) mengenai Penangguhan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 (Sesi November 2020):

Semoga isu penangguhan dan tuntutan ganti rugi kos perbelanjaan graduan ini dapat diselesaikan cara yang baik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: