seismik

"Siap Tukar Baju" - Wanita Ini Terkejut Pengawal Keselamatan Ceroboh Rumahnya Tengah Malam

Macam rumah sendiri ya dia buat.

Cover image via Yuyun Nissa (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, beberapa langkah keselamatan kediaman perlu diambil peduli ekoran banyak kejadian jenayah di luar sana terutamanya di kawasan perumahan walaupun mempunyai sistem kawalan sekuriti

Oleh itu, pemilik rumah sememangnya disarankan memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sebagai langkah penjagaan keselamatan rumah dan diri.

Menerusi perkongsian seorang pengguna, Yuyun Nissa di Facebooknya, dia menceritakan detik cemas yang dialaminya apabila seorang lelaki telah menceroboh masuk dan berkeliaran di dalam rumahnya.

Menurut Yuyun, dia mendapat notifikasi dari CCTV dan tidak menyangka pengawal yang sepatutnya menjaga keselamatan di kawasan perumahannya sendiri telah memecah masuk rumah dalam diam dengan tujuan yang tidak baik.

Berikut kronologi kejadian yang diceritakan wanita itu:

“Hendak dijadikan cerita, pada 10 Februari 2022, jam 12.14 pagi Yuyun belum sampai ke rumah lagi kerana masih di luar dalam perjalanan pulang dari makan malam.

“Tiba-tiba menerima dapat notifikasi aplikasi CCTV, ia dapat mengesan pergerakan dari dalam. “Motion detected” asyik menyala-nyala.

“Jadi saya terus buka dan tengok live CCTV. Allahuakhbar sekali tengok ada seorang lelaki dalam rumah.

“Lelaki itu macam dikenali sangat. Apabila saya tengok baju dia pakai, Oh No!! Kenal sangat. Rupanya security guard perumahan Yuyun,” titip wanita itu.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, lelaki berkenaan dilihat ke sana dan ke mari di dalam rumah.

Malah lelaki itu sempat menghubunginya, seolah-olah mempunyai niat yang tidak baik.

“Dia berkeliaran dalam rumah naik turun siap buka baju seluar semua. Sempat lagi dia menghubungi menerusi Whatsapp Call, bertanya saya di mana ketika itu.

“Motif dia bukan nak mencuri atau merompak pun. Dia memang nak cari Yun ada niat yang tidak baik,”
katanya.

Tertinggal baju seragam ketika melarikan diri

Dalam pada itu, menurut Yuyun, kediaman yang dikunci rapi telah dibolosi tidak tahu dari mana. Bagaimanapun mujurlah kakak dan abang ipar yang tinggal berdekatan segera ke rumahnya.

“CCTV cuma dapat mengesan pergerakan di ruang tamu sahaja. Saya terus cepat-cepat call kakak dan abang ipar, minta mereka tengokkan rumah.

“Bila abang ipar sampai sahaja di rumah terus lelaki itu lari keluar rumah hingga tertinggal baju kerjanya.

“Alhamdulillah bersyukur sangat kerana ALLAH memelihara dan melindungi saya dam anak-anak.

“Ya ALLAH perasaan takut seram semua ada. Tidak dapat dibayangkan kalau saya ada di rumah dengan anak-anak,” titipnya.

Kes telah dilaporkan kepada pihak polis dan lelaki itu berjaya diberkas

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Menurut Yuyun, lelaki berkenaan telah diberkas. Lebih mengejutkan polis turut memberitahu pengawal itu turut mempuyai rekod lampau najis dadah.

“Okay, akhirnya tahu kenapa dia berani sangat sampai masuk rumah. Saya berterima kasih kepada pihak polis yang cekap dan cepat membuat tangkapan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Yuyun turut mengingatkan warga maya agar tidak alpa perihal keselamatan.

“Saya bersyukur tiada apa yang berlaku. Cuma ingin mengingatkan korang walaupun kita tinggal dalam kawasan perumahan yang ada kawalan keselamatan belum tentu rasa selamat.

“Sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hatilah semua,” pesannya.

Menurut Yuyun, kes berkenaan masih sedang berjalan. Justeru, dia turut meminta titipan doa daripada warganet agar semuanya dipermudahkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: