seismik

Uncle Kentang Bakal Terima Anugerah 'Point Of Light' Daripada Ratu Elizabeth II. Tahniah!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Cover image via The Royal Family & Kuan Chee Heng (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia, apabila aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bakal menerima anugerah ‘Point of Light’ daripada Ratu Elizabeth II

Ianya kerana di atas usahanya membantu golongan kurang berkemampuan dan kerja-kerja amal kepada masyarakat yang dilakukannya sebelum ini.

Khabar gembira itu dikongsi sendiri Chee Heng menerusi posting yang dimuat naik di laman Facebook beliau baru-baru ini.

Chee Heng berkata, beliau bagaimanapun mendedikasikan anugerah tersebut kepada seluruh masyarakat yang sentiasa menyokong dan membantu golongan memerlukan di negara ini.

"Saya berkongsikan mengenai penghargaan ini dengan anda semua yang telah banyak menyokong dan mendorong membantu pihak memerlukan mendapat kehidupan lebih baik.

"Ini merupakan satu penghargaan dan kejutan besar buat saya yang dipilih bagi menerima anugerah ini.

"Tidak salah jika saya katakan yang anugerah ini adalah untuk anda semua," katanya.

Bakal terima anugerah berkenaan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur pada 12 Jun ini

Difahamkan, anugerah tersebut diberikan setiap minggu kepada individu dari negara Komanwel sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas usaha serta sumbangan mereka terhadap masyarakat.

Chee Heng sebelum ini mencuri tumpuan masyarakat kerana sifat pemurah dan prihatinnya membantu masyarakat termasuk menyediakan perkhidmatan van jenazah, ambulans dan teksi 10 sen secara percuma.

Menurut laman web pointsoflight.gov.uk, aktivis berusia 58 tahun itu menjadi rakyat Malaysia keempat yang menerima penghormatan itu sejak ia diperkenalkan pada 2018.

Turut menerima anugerah tersebut sebelum ini ialah Doktor 'Teddy Bear', Dr Madhusudhan Shanmugam; Pengasas gerakan 'Zero Waste Malaysia', Khor Sue Yee dan Aurora Tin; serta penyelidik penyu air tawar, Dr Chen Pelf Nyok.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: