[VIDEO] Terjunan 'Pingat Emas' Pandelela Rinong Di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA 2021
Malaysia boleh!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia, apabila Pandelela Rinong telah berjaya merangkul pingat emas pertama Malaysia di kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun semalam
Anak kelahiran Sarawak ini turun dengan watak dan ketenangan yang kuat untuk menewaskan pesaingnya dengan jumlah 355.70 mata bagi memenangi acara individu 10m platform wanita di Pusat Akuatik Tokyo itu.
Dengan ketiadaan penyelam dari China, Australia dan Korea Utara, kesempatan ini digunakan sehabis baik oleh penyelam berusia 28 tahun untuk meraih tempat pertama buat negara.
Pemenang pingat Olimpik dua kali itu mencatatkan sejarah baru buat sukan terjun negara kerana ia adalah pingat emas pertama Malaysia dalam saingan Piala Dunia Terjun sejak penganjuran edisi pertama di Texas, Amerika Syarikat pada 1979.
Kali terakhir Pandelela menyertai edisi berkenaan adalah pada tahun 2018 iaitu di Wuhan, China dan beliau memenangi pingat gangsa dalam acara yang sama
Dalam pada itu, beliau juga turut memuat naik ciapan di Twitternya dengan mengakui bahawa kemenangan itu adalah keajaiban bagi dirinya.
Atlet berusia 28 tahun itu telah mencatatkan sejarah baru buat sukan terjun negara: