seismik

Tewaskan Hampir Sejuta Pelajar Lain, Remaja Ini Dinobat ‘Top In The World’ Subjek Kimia!

Cheryl memperoleh pengiktirafan daripada Cambridge Assessment International Education.

Cover image via Wolsey Hall Oxford International & School Advisor.my

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia, apabila seorang pelajar berusia 17 tahun telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi subjek Kimia

Pengiktirafan itu diperolehi Cheryl Chow Shu Wei daripada Cambridge Assessment International Education setelah berjaya mengenepikan hampir sejuta pelajar lain dari seluruh dunia semasa acara Outstanding Cambridge Learner Awards baru-baru ini.

Cheryl memperolehi markah piawaian tertinggi dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) bagi subjek sains itu.

Cheryl Chow Shu Wei.

Image via School Advisor.my

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa suka cita dan berbangga atas pencapaian cemerlang pelajar tersebut

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan kepada pelajar muda, Cheryl Chow Shu Wei susulan kejayaan beliau dinobatkan ‘Top In The World’ bagi mata pelajaran Kimia.

Yang di-Pertuan Agong juga berharap semoga kejayaan pelajar berusia 17 tahun itu menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya golongan pelajar dan belia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang masing-masing.

Pada masa sama, Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Sri Inai, Petaling Jaya itu dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa pada masa hadapan.

Cheryl juga pernah dinobatkan sebagai peserta terbaik pada acara Mangahigh East Asia Maths Challenge 2019

Anak muda itu mengatasi 14,240 pelajar dari Jepun, Korea Selatan, Singapura dan negara-negara Asia Timur.

Selain itu, beliau pernah merangkul pingat emas pada acara Kangaroo Math Competition peringkat kebangsaan dan pertandingan di University of St Andrews Competition pada tahun 2019.

Bagi dua tahun berturut antara 2019 hingga 2020, Cheryl turut dianugerahkan pingat emas di dalam Queen’s Commonwealth Essay Competition.

Wah hebat betul Cheryl ni ya, semoga terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: