seismik

VARIANTE Bawa Revolusi Busana Sopan Dan Anggun - "20 Tahun Teraju Fesyen Elegan & Modest"

VARIANTE tampil dengan fesyen terbaharunya berkonsepkan Gemilang Raya sempena Lebaran 2025.

Cover image via VARIANTE

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengalaman dua dekad dalam dunia fesyen membawa VARIANTE, jenama fesyen pakaian sopan pada tahap perkembangan yang luar biasa dengan koleksi pakaian sedia dipakai atau ready to wear (RTW) fesyen berkualiti tinggi dan relevan dengan gaya hidup moden

VARIANTE  terus menguasai fesyen busana muslimah dengan gabungan elemen tradisional dan sentuhan magis Leslie Variyan, pengasas dan Pengarah Urusan dan Kreatif VARIANTE.

"Apabila saya memegang sesuatu material dan merasai kelembutannya, sekali gus saya boleh membayangkan penggayaan kain tersebut kepada seseorang. Ia mudah bagi saya," kongsinya.

Pengasas dan Pengarah Urusan & Kreatif VARIANTE, Leslie Variyan (Gambar kanan).

Image via VARIANTE

Mengangkat keunikan warisan budaya seperti songket dan batik, rekaan VARIANTE diperkemaskan lagi dengan sentuhan terperinci bagi setiap koleksi yang diperagakan.

"Memahami garis halus antara trend pasaran dan trend fesyen adalah kunci. Trend fesyen terbaik adalah pakaian yang membuat pelanggan bersedia untuk berbelanja. Warna trend pula adalah warna yang dipilih oleh pelanggan untuk dibeli.

"Bagi saya, trend dunia hanyalah sebagai rujukan dan mencari keseimbangan antara trend dan permintaan adalah matlamat utama kami. Kami sangat teruja dan positif pada tahun 2025.

"Selain itu, kami juga sedang merancang untuk melancarkan koleksi baharu yang menampilkan elemen kelestarian sejajar dengan komitmen kami terhadap fesyen mesra alam.

"Saya benar-benar terinspirasi untuk terus berkarya dan mewarnai dunia. Permintaan untuk pakaian sopan sangat besar, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa," kata Leslie.

Sempena sambutan Ramadan dan Syawal akan datang, VARIANTE tampil dengan fesyen terbaharunya berkonsepkan Gemilang Raya

Tidak mudah untuk terus berada pada prestasi tertinggi sementelah banyak jenama baharu fesyen yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, namun jelasnya komitmen dan konsistensi dalam memenuhi keperluan pasaran antara faktor utama mereka terus relevan.

"Sebagai jenama popular, saya percaya pencapaian terbesar kami terletak pada keupayaan untuk secara konsisten memenuhi permintaan dan keperluan pasaran sambil kekal relevan dalam industri fesyen yang sentiasa berkembang.

"Memahami dan melangkaui jangkaan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan utama kami. Sebagai peneraju dalam fesyen pakaian sopan, kami benar-benar memahami keperluan unik pelanggan dengan mendalam.

"Tambahan pula, kami berjaya mencatatkan jualan rekod tahun lepas, menghampiri angka lapan digit.

Image via VARIANTE
Image via VARIANTE

"Pencapaian ini menjadi bukti daya tahan dan kemampuan kami untuk menyesuaikan diri, terutama selepas mengharungi cabaran era pandemik termasuk penutupan tiga butik semasa pandemik," katanya yang sedang sibuk membuat persiapan untuk mempromosikan fesyen terbaharunya berkonsepkan Gemilang Raya untuk sambutan Ramadan dan Syawal.

Ditubuhkan pada Januari 2005, VARIANTE telah berkembang menjadi salah satu nama terkemuka yang menerima sambutan hangat dari pelanggan. 

Butik pertama jenama ini dibuka di Kuala Lumpur, dan kini VARIANTE telah meluaskan jaringan mereka di pelbagai lokasi strategik seperti di Pavilion KL, Isetan KLCC, Sogo Kuala Lumpur, Melawati Mall, Alamanda Putrajaya, dan SACC Mall Shah Alam. 

Selain itu, VARIANTE juga memudahkan pembeli untuk membeli secara dalam talian melalui laman web rasmi mereka, www.variante.com.my.

Tonton video antara koleksi terbaharu VARIANTE sempena Lebaran 2025 di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: