seismik

[VIDEO] "Alam Bunian" - Ibu Kongsi Detik Seram, Anak Nampak Air Terjun Dekat Dalam Hutan

Seram dengar.

Cover image via @diamaira.onn (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti kita semua tahu, dalam dunia bukan hanya dihuni oleh manusia malah dihuni juga oleh makhluk lain

Disebabkan itu, pasti ada sesetengah yang pernah mengalaminya seperti penampakan mistik dan lain-lain lagi dengan izinnya.

Baru-baru ini tular di TikTok memaparkan video seorang wanita berkongsi detik seram apabila anaknya melihat penampakan air terjun di dalam sebuah hutan telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Anak tunjuk ada air terjun dekat hutan belakang rumah

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi detik seram ketika dia sedang bersama dengan anaknya di rumah.

Difahamkan, anaknya menunjukkan terdapat air terjun yang dilihat di hutan belakang rumah mereka, namun apabila si ibu melihat tidak menjumpai apa-apa.

Malah, apa yang lebih mencuri perhatian adalah anaknya itu sangat teruja melihat air terjun berkenaan. Si ibu kemudian meminta agar anaknya mencari gambar rupa air terjun yang dilihatnya menerusi Google. Situasi itu membuatkan wanita tersebut merasa seram mendengarnya.

"Betul lah tu, cantik pula tu airnya. Sekali sekali dia nampaklah puteri mandi" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 880K views, 65.9K likes dan 2,252 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Seram pula dengar cerita anak dia, selalunya budak-budak tak menipu :l

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: