seismik

[VIDEO] Ayah Kali Pertama Nak Makan Sushi, Anak & Mak Pula Gelak Sampai Tak Berhenti

"Dia makan macam ice cream" - Netizen.

Cover image via @hudadodek (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sushi merupakan sebuah makanan tradisional negara Jepun dan bahan utamanya terdiri daripada rumpai laut dan nasi cuka

Makanan ini sudah lama popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebiasaannya sushi dimakan bersama kicap cair dan wasabi bagi mengelakkan rasa hanyir.

Walaupun begitu, video yang tular baru-baru ini menunjukkan terdapat juga orang yang tidak pernah langsung mencuba makanan ini.

Menerusi video tersebut, @hudadodek telah berkongsi pengalaman pertama kali bapanya makan sushi yang buat ramai terhibur.

Lihat video penuh itu dibawah:

@hudadodek Bila ko first time makan sushi #fyp Oh No - Kreepa

Selamba makan wasabi, tak sangka pula rasanya begitu

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pakcik dengan selamba menyuap sesudu wasabi ke dalam mulutnya dan kemudian meluahkannya kembali.

Apa yang lebih melucukan apabila anak dan isterinya ketawa terbahak-bahak selepas melihat reaksi dia memakan wasabi itu. 

Bagi yang tidak mengetahui, wasabi mempunyai rasa yang sangat pedas sehingga menyucuk ke hidung. Oleh itu, tidak hairanlah rata-rata netizen terhibur dengan aksi 'berani' tersebut. 

"Sakit perut aku ketawa tapi kesian. HAHAHAHAHA" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 829.4K tontonan, 25.4K tanda suka dan 1529 komen.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Walaupun nampak macam green tea tapi rasanya tak sama ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: