[VIDEO] "Baru 6 Bulan Dah Pandai" - Reaksi Bayi Menghayati Lagu Ini Curi Tumpuan Ramai
Sedih betul muka dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ayah dan ibu sememangnya merupakan insan yang istimewa buat kita semua dan tidak ternilai pengorbanan mereka membesarkan kita sejak kecil
Oleh itu, kita sewajarnya membalas semula jasa baik mereka dengan menjaga serta mengasihani ibu bapa kita selagi masih ada peluang.
Tular satu video di TikTok, berkenaan seorang bayi berusia enam bulan yang telah mendapat perhatian ramai apabila dia kelihatan sayu mendengar ibunya menyanyikan lagu ‘Ayah Dan Ibu’ oleh Sudirman.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sebaik sahaja ibunya mendendangkan lagu itu, air matanya pun mula bergenang
Menerusi video pendek yang dimuat naik oleh @nvmmvI1k di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang menyanyikan sebuah lagu kepada anaknya yang berusia enam bulan.
Apa yang mencuri tumpuan netizen adalah apabila bayi itu mencebik seakan-akan mahu menangis sewaktu ibunya menyanyikan lagu ‘Ayah Dan Ibu’ oleh Sudirman. Matanya juga sudah berkaca.
“Memang sampai tua dia nangis kalau dia dengar lagu ini. Alahai, sayang. Comel sangat masalahnya” - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen senang hati melihat gelagat dua beranak itu. Malah, ada juga yang memuji suara si ibu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 282.3K views, 40.9K likes dan 932 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!