seismik

[VIDEO] "Tembak Atuk" - Aksi Budak Lelaki Bermain Mercun Das Ini Mencuit Hati Ramai

Kesian atuk dia.

Cover image via @qaaaforreal (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Anak kecil sering mencuri hati netizen disebabkan telatah mereka yang sangat comel

Walaupun adakalanya mereka mempunyai ragamnya yang tersendiri, tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ini juga merupakan sumber tawa.

Begitu juga dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini, berkenaan seorang budak lelaki bermain mercun das di halaman rumah telah mendapat perhatian.

Lihat video penuh di bawah:

Tengah sibuk main mercun, sempat lagi dia nak kacau atuk

Menerusi video berdurasi 8 saat yang dimuat naik oleh @qaaaforreal di laman TikTok, kelihatan seorang budak lelaki sedang syok bermain mercun sambil ditemani ahli keluarga.

Namun, apa yang mencuit hati netizen adalah apabila dia tiba-tiba menghalakan mercun das yang dipegang ke arah atuknya dan mahu menembak atuknya itu.

Pada bahagian akhir video, kedengaran suara wanita melarang budak kecil itu daripada berbuat sedemikian sambil melepaskan tawa.

“Mesti dia ada dendam dengan atuk itu” - Netizen

Ekoran tular video tersebut yang telah meraih 277.9K tontonan, 38.2K tanda suka dan 520 kongsian, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat budak lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


Nasib baik tak kena dekat atuk tu dik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: