[VIDEO] “Kesian Kuman” - Cara Lelaki Ini Kelirukan Kuman Buat Ramai Terhibur
Apa salah kuman itu dekat dia pun tak tahulah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Peraturan mengutip makanan yang jatuh ke lantai dalam masa 5 saat agar bakteria tidak sempat melekat pada makanan tersebut pasti pernah didengari. Malah, ada juga yang mengamalkannya.
Walaupun peraturan 5 saat ini diketahui ramai, tetapi ianya tidak sahih. Berdasarkan kajian yang pernah dibuat, bakteria tetap akan melekat pada makanan tersebut sebaik sahaja ia menyentuh permukaan lantai.
Tular satu video di TikTok baru-baru ini, seorang lelaki membuat satu peraturan baru iaitu peraturan 3 saat untuk kelirukan kuman ataupun bakteria yang terdapat di permukaan lantai telah berjaya menghiburkan hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bukan kuman sahaja keliru, manusia pun keliru sekali
Menerusi video yang dimuat naik oleh @chesterpadang di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang makan sambil meniarap berlapikkan tilam di atas lantai.
Tetapi, apa yang mengejutkan netizen adalah apabila dia meletakkan sedikit makanannya di lantai dan cepat-cepat mengangkatnya semula. Kononnya, kuman tidak akan sempat melekat pada makanannya itu.
Semudah itu sahaja, kuman di permukaan lantai itu dipercayai telah berjaya dikelirukan olehnya. Dengan syarat, pastikan tiga saat sahaja!
“Raya nanti minta maaf balik dekat kuman itu. Kesian dia” - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan kelakuan lelaki itu dan bersimpati terhadap kuman yang telah kena scam.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.1M views, 301.4K likes dan 7,317 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!