Khairulaming Terpaksa Batal '30 Hari 30 Resepi Sahur' Akibat Kesan Sampingan Covid-19
Semoga Khairulaming cepat sembuh.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tagline 'Hey, what’s up guys!' yang dikenali ramai dan sering dinanti-nantikan apabila tiba bulan Ramadan sudah tidak asing lagi buat masyarakat Malaysia
Terkenal dengan resepinya yang pelbagai dan juga produknya Sambal Nyet, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairulaming terpaksa membatalkan rancangan ‘30 Hari 30 Resepi’ edisi sahur untuk Ramadan tahun ini.
Content creator merangkap usahawan yang berasal daripada Kelantan itu membuat keputusan untuk tidak meneruskan rancangannya akibat kesan sampingan Covid-19 yang dihadapi. Dia dipercayai dijangkiti virus tersebut seminggu sebelum bulan puasa bermula.
Khairulaming berkongsi berita itu di Twitter miliknya yang mempunyai sebanyak 1.1 juta pengikut.
“Aku taknak push diri dalam badan tak sihat untuk deliver video kalau aku sendiri tak enjoy buat benda tu. Due to this reason aku akan stop dahulu video sahur and focus pada video berbuka and live sahaja,” kongsi Khairulaming.
Terus berkongsi resepi juadah berbuka puasa seperti biasa kerana kebanyakan video sudah pun siap
Khairulaming turut berkongsi pengalamannya dijangkiti Covid-19 di mana dia mengatakan ia mungkin seolah-olah demam biasa namun side effect penyakit itu amat memberi kesan kepadanya.
Food content creator yang sudah lama berkongsi resepi sejak tahun 2018 ini sudah berjaya meraih sebanyak 3.3 juta pengikut di Instagram dan video Khairulaming sudah menjadi sebahagian daripada bulan Ramadan untuk masyarakat Malaysia dek kerana resepinya yang sering membuat penonton terliur.
Setakat ini Khairulaming telah memuat naik lebih 200 video resepi di media sosial miliknya yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan lokal, minuman, kuih-muih dan banyak lagi.
"Kesihatan tu penting, resepi berbuka tu pun dah cukup baik sangat dah. Terima kasih KA" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan berharap Khairulaming cepat sembuh.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 4,742 retweets dan 13.9K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!