[VIDEO] Semangat Beli Baju Raya, Gelagat Atuk & Nenek Ini Curi Tumpuan
Mesra betul layanan cucu terhadap atuk dan nenek ini.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Atuk dan nenek merupakan insan yang sangat istimewa, tidak semua orang berpeluang untuk meluangkan masa bersama mereka.
Oleh itu, sesiapa yang masih mempunyai atuk dan nenek sebaiknya melayani mereka dengan penuh kasih sayang.
Tular satu video di TikTok baru-baru ini di mana seorang cucu membawa atuk dan neneknya shopping baju raya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
‘Old People’ semangat try baju raya yang cucu belikan
Menerusi video berdurasi 54 saat yang dimuat naik oleh @nanadayana.11 itu, kelihatan kedua-dua atuk dan nenek sedang mencari baju raya sambil ditemani cucu mereka.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah gelagat atuk dan nenek itu yang mencuit hati. Si atuk nak baju slim fit, tapi si nenek pula suruh ambil saiz besar sedikit. Begitulah ragamnya!
Cara cucu melayan karenah kedua orang tua itu turut mendapat pujian netizen di mana dia dilihat membantu atuknya menyarung baju baru dan melayani mereka dengan mesra sekali. Gelaran ‘old man’ yang diberikan oleh cucunya itu juga mengundang tawa.
“Video ini akan jadi kenangan terindah suatu hari nanti” - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen senang hati melihat gelagat kedua atuk dan nenek itu. Selain itu, ada yang turut berkongsi perasaan rindu dengan atuk dan nenek mereka yang sudah tiada.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 147.4K likes dan 2,195 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!