seismik

[VIDEO] "Tak Pasal-Pasal" - Lelaki Ini Main FIFA Penuh Emosi Sampai Skrin TV Pecah

Sampai biru skrin itu dibuatnya.

Cover image via @aliazafff (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bermain video game sememangnya menjadi kegemaran ramai, betul tak?

Selain daripada mengisi masa lapang, bermain permainan video boleh membantu mengurangkan stres. Namun, kadang-kadang ia juga boleh menjadi punca stres.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter berkenaan seorang lelaki yang menghempaskan controller miliknya secara tidak sengaja sehingga pecah skrin TV telah meraih tumpuan warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

Elok-elok boleh main FIFA, kan dah kena rehat sebulan

Menerusi video yang dikongsi oleh @aliazafff, kelihatan seorang lelaki iaitu suaminya sedang syok bermain permainan video FIFA di ruang tamu.

Namun, apa yang mengejutkan warganet adalah apabila si suami secara tidak sengaja telah memecahkan skrin TV akibat tercampak controller selepas dikatakan tewas dalam permainan video tersebut. 

Menurut pemilik akaun Twitter itu, controller itu melantun ke TV disebabkan play mat kanak-kanak yang ‘bouncy’.

Pada akhir video, suaminya itu dilihat terbaring memikirkan nasibnya yang akan datang.

“Saya tahu perasaan itu. Memang geram main FIFA ini” - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terutamanya kaum lelaki memahami apa yang dirasakan oleh si suami.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 6,933 retweets dan 11.6K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Janganlah emosi sangat main game tu ya :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: