seismik

Muat Turun Aplikasi myPTPTN Sekarang & Menangi Hadiah Wang Tunai Sehingga RM250,000

Alami pengalaman baharu dunia pendigitalan PTPTN.

Cover image via Smartmockups (Edited by SAYS Seismik) & Malay Mail

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh PTPTN.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru sahaja melancarkan aplikasi mudah alih myPTPTN yang bakal memberi manfaat kepada semua peminjam

Image via PTPTN

Aplikasi ini juga merupakan satu inisiatif utama PTPTN, sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun dalam memastikan organisasi ini berada di tahap standing dengan institusi kewangan lain di pasaran dalam penyediaan kemudahan digital terkini. Mudah, cepat dan selamat!

Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini dilengkapi dengan eKYC (Electronic Know Your Customer) iaitu proses mengesahkan dan mengekalkan rekod identiti pelanggan yang diktiraf oleh Bank Negara Malaysia sebagai salah satu kunci keselamatan transaksi digital.

Jadi anda tak perlu risau dan ragu-ragu untuk menggunakannya di telefon pintar atau tablet mudah alih anda kerana segala maklumat peribadi pengguna akan dilindungi oleh pihak PTPTN dan dilengkapi dengan pendaftaran maya eKYC.

Muat turun aplikasi myPTPTN sekarang dan anda boleh log masuk pada bila-bila masa

Dengan adanya aplikasi ini, pengguna dapat melakukan sebarang urusan yang berkaitan pada bila-bila masa dengan cara yang sangat mudah. 

Bukan itu sahaja, aplikasi myPTPTN ini turut boleh dimuat turun di App StoreGoogle Playstore dan Huawei App Gallery.

Aplikasi ini sememangnya memudahkan urusan pembayaran atau perkhidmatan asas PTPTN anda sebab semuanya dilakukan dalam satu platform sahaja.

Syarat pendaftaran bagi orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut :

- Warganegara Malaysia

- Berumur 18 tahun dan ke atas

- Mempunyai Kad Pengenalan awam

- Mempunyai nombor telefon bimbit dan alamat e-mel yang betul dan sah

Image via PTPTN

Aplikasi myPTPTN menawarkan perkhidmatan seperti urusan pembayaran balik pinjaman dan penambahan deposit Simpan SSPN, pembukaan akaun Simpan SSPN, semakan penyata, pindahan lebihan bayaran balik, pindahan simpanan Simpan SSPN.

Selain itu, terdapat juga perkhidmatan permohonan bayaran balik atau deposit Simpan SSPN melalui debit terus, potong gaji dan auto debit, permohonan pengesahan baki pinjaman, cetakan surat penyelesaian hutang (SPH), mengemas kini profil pengguna, push notification, dan akaun kegemaran.

Antara kelebihan aplikasi ini kepada pengguna ialah :

- Hanya di satu platform

Transaksi bayaran balik pinjaman dan simpanan di Simpan SSPN dan pelbagai perkhidmatan lain melalui satu platform sahaja.

- Menjimatkan masa dan kos

Kini orang ramai tidak perlu beratur di kaunter kini dan segalanya berada dihujung jari sahaja.

- Mesra pengguna

Paparan yang mesra pengguna sesuai untuk semua lapisan umur.

- Transaksi tanpa sempadan

Aplikasi ini menyokong pelbagai jenis transaksi.

- Cepat, mudah dan selamat

Segala maklumat peribadi pengguna akan dilindungi oleh pihak PTPTN dan dilengkapi dengan pendaftaran maya eKYC.

Kempen 'myPTPTN Klik-klik je!' kini telah dilancarkan dan anda berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM250,000!

Image via PTPTN

Yang paling best, PTPTN kini ada menjalankan kempen myPTPTN, Klik-klik je! untuk semua pengguna aplikasi ini tau. 

Malah, mereka juga turut menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM250,000 untuk dimenangi.

Dah teruja nak muat turun aplikasi ini belum? Jangan lupa tempoh kempen ini bermula dari 29 Mac 2022 hingga 15 Jun 2022.

Untuk membuat pendaftaran aplikasi ini, anda boleh ikuti langkah berikut :

- Muat turun aplikasi myPTPTN di App StoreGoogle Playstore dan Huawei App Gallery

- Buka aplikasi myPTPTN dan klik ‘Daftar Sekarang’

- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul

- Set kata laluan dan tentukan frasa/ikon keselamatan serta tanda persetujuan pengesahan maklumat dan penafian

- Dapatkan TAC di nombor telefon dan aktifkan pendaftaran myPTPTN yang telah dihantarkan kepada e-mel

- Lengkapkan proses pengesahan identiti eKYC dengan menyediakan kad pengenalan dan swafoto

Image via PTPTN

Mudah bukan untuk sertai kempen ini? Jom kita tengok hadiah apa yang anda bakal menangi pula dengan hanya muat turun aplikasi myPTPTN ini.

Berikut merupakan kategori dan hadiah yang anda boleh menangi:

- Muat turun aplikasi myPTPTN di telefon pintar dan membuat pengesahan identiti (Hadiah RM10,000 untuk 5 pemenang)

- Transaksi bayaran balik pinjaman PTPTN yang berjaya (Hadiah RM10,000 untuk 6 pemenang)

- Transaksi penambahan deposit Simpan SSPN yang berjaya (Hadiah RM10,000 untuk 6 pemenang)

- Permohonan potongan gaji yang lengkap (Hadiah RM10,000 untuk 4 pemenang)

- Permohonan debit terus yang lengkap (Hadiah RM10,000 untuk 4 pemenang)

Jangan lupa muat turun aplikasi myPTPTN di App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery untuk sertai peraduan ini. Klik-klik je!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022