seismik

Kawan Jadi Mangsa, Bakat Lelaki Ini Menggunting Rambut Undang Tawa

Tidak mengapa, bakat boleh diasah.

Cover image via @apenglapar (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap orang pasti mempunyai bakat yang terpendam dan menunggu masa untuk didedahkan kepada khalayak ramai

Selain itu, bakat juga boleh diasah. Jika seseorang itu tidak mahir dalam melakukan sesuatu perkara, bukan bermaksud dia tidak akan mampu melakukannya sampai bila-bila.

Tidak kisah lah sama ada bakat dalam bidang sukan, lukisan, lakonan dan sebagainya. Yang penting, seseorang itu mesti gigih berlatih.

Begitu juga dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini, berkenaan seorang lelaki yang menunjukkan bakatnya dalam menggunting rambut telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh di bawah:

Jika betul ada minat, masih ada ruang untuk mengasah bakat tersebut

Menerusi video yang dikongsi oleh @apenglapar di TikTok, kelihatan seorang lelaki, dipercayai kawan kepada pemilik video itu masih elok berambut.

Namun, netizen dikejutkan dengan bakatnya menggunting rambut yang sangat melucukan. Gaya rambut baharu agaknya.

Ekoran kejadian itu, si pemilik video percaya bahawa kawannya itu merupakan pelanggan pertama dan terakhir buatnya.

“Bang, kalau pergi kedai nak cakap apa untuk dapatkan guntingan special macam ini?” - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih 745.8K views, 42K likes dan 522 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan hasil guntingan rambut itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain macam betul gaya potongan rambut tu! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: