seismik

[VIDEO] "Mesti Keyboard Penat” - Alasan Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Betul juga apa yang dia cakap tu.

Cover image via @soofeeyan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pada zaman moden ini, pelbagai jenis teknologi sudah dihasilkan dan semua orang pasti memiliki sekurang-kurangnya satu gajet untuk kelangsungan hidup

Kita menggunakan telefon pintar untuk mencari maklumat, mengetahui isu-isu semasa, bermain game dan banyak lagi. Ada juga yang menggunakan komputer riba untuk pelbagai tujuan.

Tular satu video di TikTok baru-baru ini, berkenaan seorang lelaki yang berkongsi perkara lucu tentang papan kekunci komputer riba telah meraih perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

Memang ada sahaja idea untuk menghiburkan hati netizen di media sosial

Menerusi video pendek yang dimuat naik oleh @soofeeyan di TikTok, kelihatan pemilik video sedang merakam keyboard komputer ribanya.

Namun, apa yang dikatakannya kemudian telah mengundang tawa netizen di mana dia memberi alasan kepada persoalan kenapa dia mengasihani papan kekunci tersebut.

Alasannya adalah kerana keyboard mempunyai dua ‘shift’ maka ia pasti kepenatan bekerja. Lelaki ini sememangnya penuh dengan humor dan lucu.

“Abang kesian tengok keyboard, saya kesian tengok abang” - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat sebanyak 324.7K tontonan, 53.8K tanda suka serta 995 perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan alasan yang diberikan oleh lelaki itu. Ada juga yang berkongsi alasan mereka sendiri.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terhibur betul. Manalah dia dapat idea macam ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: