seismik

[VIDEO] Bengang Parcel Kena Curi, Pemuda Ini Siap 'Merayu' Minta Monyet Pulangkan Balik

Selamba je dia buka.

Cover image via @yen_os (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Membeli barangan secara online sudah menjadi antara salah satu kemudahan buat kita

Iyalah, tak adalah kita perlu keluar rumah semata-mata untuk membeli barangan itu lagi bukan? Malah, harganya juga jauh lebih murah.

Tapi, ada juga kebaikan dan keburukan membeli barangan secara dalam talian ini kerana ada yang pernah mengalami situasi barangan rosak dan juga hilang.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang pemuda berkongsi barangannya telah dicuri oleh seekor monyet telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Tak tentu arah selepas monyet amik parcel dari rumahnya

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda berkongsi rasa bengangnya terhadap seekor monyet. Difahamkan, monyet itu telah masuk ke dalam kawasan rumahnya sebelum sempat mengambil parcelnya.

Malah, dia siap 'merayu' kepada monyet itu untuk memulangkannya balik walaupun dalam keadaan marah.

Lebih menyedihkan lagi, monyet itu siap membawa barangan sampai ke bumbung dan siap unboxing pula di sana.

Lihat video sambungan di bawah:

@yen_os Replying to @Syarirr bunyi asal - Adekkk.bongsu

"Dengar cerita sampai sekarang masih berunding" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat rundingannya bersama dengan haiwan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 310.5K views, 29.5K likes dan 540 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Cari pasal betul lah monyet ni, tak nak berunding langsung :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: