seismik

"Insan Terpilih" - Pekerja Ini Terima Parcel Ikan Hidup, Cara Layanannya Pula Seperti VVIP

Boleh pula ada ikan hidup ya kena hantar.

Cover image via @acak_east (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pekerja kurier merupakan salah satu barisan hadapan yang perlu korban masa dan tenaga mereka dalam waktu pandemik Covid-19 ini

Kerja mereka ini boleh dikategorikan juga amat berisiko kerana perlu berjumpa dengan ramai orang untuk memastikan barang yang dipesan sampai ke tangan para pelanggan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pekerja kurier berkongsi satu parcel 'pelik' telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pelanggan buat hal hantar ikan hidup untuk dipos

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan pekerja kurier di sebuah syarikat telah berkongsi parcel yang agak pelik diterimanya.

Menurutnya dia telah mendapat parcel yang ditulis ikan hidup pada kotak tersebut. Dia juga memberitahu ini adalah kejadian kali pertama dia melihat dan menerima bungkusan seperti ini.

Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah sebaik saja dia tahu kandungan di dalam kotak berkenaan, dia terus menjaganya dengan penuh berhati-hati.

Malah, layanan yang diberikan pula tidak ubah seperti VVIP. Dia turut meletakkan parcel itu didepan dekat dengan aircond berbanding dengan parcel-parcel yang lain.

"Adui, ikan nak rentas negeri tu. Nak raya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut. Malah, ada yang berpendapat mungkin ikan itu mahu pulang beraya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 164.1K views, 12.9K likes dan 870 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel je layanan abang tu dekat ikan ya :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: