[VIDEO] "Agak-Agaklah" - Pemilik Bengang, Pekerja Kurier Selamba Campak Parcel Dalam Rumah
Dia penat kot.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sekarang ramai yang memilih untuk membeli barangan mereka secara dalam talian berbanding membeli secara fizikal
Ia kerana lebih memudahkan, menjimatkan masa dan dapat mengurang risiko jangkitan wabak ketika berada di luar. Tambahan dengan peningkatan kes Covid-19 ini.
Tetapi, membeli barangan secara dalam talian kadangkala perlu menanggung risiko kerana barang rosak, tidak cukup dan sebagainya.
Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila seorang pekerja kurier membaling barangan pelanggannya di dalam rumah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Campak barang dalam pagar rumah sebab tiada sahutan
Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah rakaman CCTV menunjukkan seorang pekerja kurier berada di luar rumah pelanggannya untuk menghantar barang.
Namun, selepas beberapa kali memanggil nama tuan barang tersebut dan tiada sahutan, pekerja tersebut terus mencampaknya ke dalam rumah.
Situasi itu membuatkan tuan rumah marah selepas melihat rakaman tersebut. Difahamkan, semasa itu tiada orang di rumah kerana semuanya keluar.
"Letaklah atas sangkar haiwan ke mana-mana, janganlah sampai nak baling" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 572.5K views, 36K likes dan 3,958 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Mungkin abang tu rushing nak pergi tempat lain pula kan. Harap dia boleh letak dengan baik lain kali ;)