[VIDEO] Cikgu Cop Anak 'Speech Delay' Sebab Mak Malas, Wanita Ini Tampil Beri Luahan Hati
Ramai berdebat tentang isu ini.
Baru-baru ini, tular sebuah video Cikgu Ayu yang mengatakan mak malas punca anak speech delay ini mendapat kecaman ramai
Cikgu tersebut ingin mengupas isu viral yang melibatkan seorang anak kecil direject oleh tadika disebabkan kencing di sekolah. Cikgu itu berpendapat bahawa perkara itu adalah salah kedua-dua pihak.
Dia menyalahkan pihak guru kerana guru sepatutnya membuat pemerhatian selama seminggu sesi persekolahan mula. Namun begitu, pada akhir video, dia dilihat marah dan menyalahi pihak ibu kerana tidak menyiapsediakan anak-anak ke sekolah.
Cikgu Ayu berpendapat bahawa anak-anak sepatutnya sudah pandai menguruskan diri semasa masuk tadika.
Lihat video penuh itu di bawah:
Perkara tersebut turut membuat netizen berang sehingga salah seorang ibu tampil membuat luahan
Salah seorang wanita tampil membuat keluhan terhadap apa yang disampaikan CIkgu Ayu. Wanita tersebut menjelaskan bahawa dia rasa tidak adil jika cikgu membuat spekulasi tentang mak malas secara semberono.
Menurut wanita itu yang mempunyai dua orang anak istimewa, dia berkata memang banyak cabaran dan dugaan untuk menjaga dan menyiapsediakan anak-anak ke sekolah. Tambahan lagi, jika anak itu merupakan anak istimewa seperti mild autisme dan sebagainya.
Dia meluahkan supaya cikgu di luar sana faham bahawa ibu bapa juga berusaha yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jangan pukul rata label semua mak malas.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Cikgu tampil beri penjelasan dan meminta maaf
Cikgu Ayu mengaku mungkin cara tegurannya agak tidak sesuai. Gaya bahasa yang digunakan agak kasar dan menyinggung perasaan sesetengah orang. Dia meminta maaf atas kesilapannya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Dalam pada itu, ramai netizen yang turut memberikan reaksi masing-masing
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 546K tontonan, 2K retweets dan 5K tanda suka di Twitter.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Faham apa yang nak disampaikan, tapi mungkin perlu menggunakan intonasi dan nada yang sesuai supaya nampak santunnya. :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!