seismik

"Test Tak Hamil" - Lambat Period 2 Bulan, Wanita Pelik Kenapa Perut Semakin Membesar

Sebaiknya pergi buat check up.

Cover image via @asnasari27 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Setiap wanita akan mempunyai kitaran haid setiap bulan mengikut masa

Ada yang berdepan dengan kesakitan semasa datang bulan, sebagai contoh senggugut. Namun, ada juga yang mengalami kitaran masa yang lebih lama seperti lambat period.

Selain faktor kesihatan, wanita sering dikaitkan dengan berbadan dua jika tidak datang bulan pada bulan itu. 

Namun, tular video di TikTok tentang seorang wanita yang mengalami perut buncit walaupun test negatif hamil telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Risau perut semakin membuncit walaupun test hamil adalah negatif

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang merakam dirinya dan menunjukkan perubahan pada tubuh badannya. 

Wanita yang menyangka perutnya membuncit gara-gara hamil itu diyakinkan lagi dengan kejadian lambat datang bulan selama dua bulan.

Namun, malangnya apabila dia membuat uji kaji hamil, dia ternyata negatif dan tidak hamil. Tetapi, perutnya semakin membesar. Perkara itu membuatkan dirinya jadi lebih risau. 

"Allah, check pergi hospital. Kalau baby alhamdulilah. Takut cyst" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 513K tontonan, 12K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dan mendoakan yang baik-baik kepada wanita itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga para wanita di luar sana cakna tentang kesihatan badan terutamanya rahim. Kalau boleh, buat check up! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: