seismik

[VIDEO] Degil Punya Pasal Tak Mahu Makan Asid Folik, Bayi Ini Lahir Tanpa Tempurung Kepala

Minta dijauhkan perkara macam ni.

Cover image via @infobumildansikecil (TikTok) & Amazonaws

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai seorang ibu, pastinya kita mahukan yang terbaik buat anak-anak

Tambahan lagi buat ibu-ibu yang sedang hamil. Tentunya pada masa ini penjagaan yang teliti perlu dijaga dalam memastikan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat. 

Antara aspek penting yang perlu dijaga adalah kesihatan si ibu dan pemakanan yang baik. Mengambil suplemen yang telah diberitahu doktor seperti asid folik. Tetapi realitinya hari ini masih ramai yang berdegil untuk mengikuti saranan doktor.

Begitulah apa yang berlaku kepada seorang wanita yang sedang hamil ini apabila dia terkejut dimaklumkan doktor kerana bayi dalam kandungannya mempunyai masalah.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ego kerana tidak mahu makan asid folik yang diberikan oleh doktor

Menerusi video perkongsian di TikTok itu, seorang wanita yang berasal daripada Indonesia terkejut selepas diberitahu doktor bahawa bayi dalam kandungannya mengalami tumbesaran yang tidak normal seperti bayi lain.

Doktor memberitahunya ketika dia datang untuk melakukan ultrasound scan. Betapa sedihnya hati setelah mendapat tahu bahawa bayi yang akan dilahir berkemungkinan tidak mempunyai tempurung kepala kerana masalah anencephaly.

Difahamkan ianya terjadi kerana wanita berkenaan tidak mempedulikan nasihat doktor untuk mengambil asid folik secara konsisten. Dia juga sangat menyesal kerana ego yang telah memakan dirinya dan bayi dalam kandungan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Amazonaws

Gambar sekadar hiasan.

Image via CDC

"Allahuakbar, takut. Jaga diri baik-baik semua" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet banyak memberikan pelbagai jenis pertanyaan. Ada juga yang berkongsi pengalaman sama pernah berdepan situasi tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 27K likes dan 1,078 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Kalau boleh ikutlah saranan doktor okay. Takut perkara yang tak diingini berlaku :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: