seismik

[VIDEO] Dugaan Ride Dekat Kampung Orang, Lelaki Ini Terjatuh Basikal Dikejar Anjing Liar

Aduh, sakitnya!

Cover image via @rauzanjuhan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aktiviti berbasikal sememangnya menyeronokkan, tambahan pula jika kawasan itu tidak banyak kenderaan

Senanglah kita nak bawa basikal dengan lebih bebas bukan? Namun, ada pula dugaan lain jika berbasikal di tempat yang sunyi ini.

Seperti video seorang lelaki yang tular di TikTok ini apabila dia dikejar sekumpulan anjing sehingga terjatuh semasa berbasikal telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kelam kabut tunggang basikal dengan laju akibat dikejar anjing, tak pasal-pasal pula jatuh

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rauzanjuhan, dengan kapsyen "dugaan ride kalau masuk kampung orang", kelihatan dia ketika itu sedang berbasikal seorang diri di sebuah kawasan luar bandar.

Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila sekumpulan anjing tiba-tiba datang mengejarnya dari belakang dan tidak mahu berhenti.

Akibat takut, lelaki itu pantas menunggang basikalnya dengan lebih laju sehingga hilang kawalan dan terjatuh di tengah jalan. Tetapi sebaik saja dia jatuh, anjing-anjing itu pun berhenti mengejarnya dan terus beredar.

"Anjing ni macam netizen jugak, suka buat kita jatuh. Lepas dah tengok kita jatuh, diaorang pun blah gitu je" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 682.2K views, 61.6K likes dan 1.7K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik tak teruk luka abang tu, bahaya betul kalau kena kejar anjing ni. Boleh jadi macam-macam kemalangan. Hati-hati guys!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: