[VIDEO] First Time Order Starbucks, Gelagat Dua Rakan Ini Buat Ramai Boleh Relate
Member pun nak cuba.
Trend dan benda viral di media sosial pasti akan menjadi ikutan ramai bukan?
Tambahan lagi, kalau ada makanan dan minuman yang viral. Pasti ramai mahu mencubanya. Bukan selalu pun dapat merasa.
Seperti yang semua tahu, kedai minuman Starbucks adalah antara kedai minuman yang boleh dikatakan 'kayangan' kerana harganya. Walaupun begitu, masih ramai mahu mencubanya kerana rasanya yang sedap dan premium.
Namun, berbeza dengan dua orang lelaki ini apabila mereka pertama kali mahu memesan air minuman di situ mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tunjuk gambar terus sebab tak tahu nak order
Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang lelaki itu sedang berbincang bagaimana mahu memesan air minuman di Starbucks.
Dapat dilihat juga salah seorangnya menunjukkan gambar air yang sedang viral itu untuk dipesan. Namun, oleh kerana takut pekerja tersalah faham, dia terus menunjukkan gambar berkenaan pada pekerja kedai.
Tetapi, minuman seorang lagi rakannya dikatakan kurang sedap dan mereka menyifatkan ada rasa seperti ubat.
"Saya pun tak pernah try Starbucks, tak reti nak order" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi reaksi yang sama mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 119.9K views, 7,680 likes dan 303 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!