seismik

[VIDEO] Gara-Gara LRT Rosak, Lelaki Ini Pasrah Jalan Kaki Sejauh 26KM Nak Balik Rumah

Kesiannya, jauh tu.

Cover image via @adameji7 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, kawasan Lembah Klang huru-hara kerana Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya rosak

Perkara itu menyebabkan ramai penumpang marah dan meluahkan rasa tidak puas hati kerana ia menjejaskan rutin harian mereka lebih-lebih lagi bagi yang pergi kerja menggunakan pengangkutan awam itu.

Namun, sebuah video lelaki berjalan kaki sejauh 26 kilometer untuk balik ke rumahnya ini telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Gigih jalan kaki dari Universiti Malaya ke Lembah Keramat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @adameji7, kelihatan lelaki itu menunjukkan perjalanannya pulang ke rumah dengan berjalan kaki setelah mendapat tahu LRT rosak.

Walaupun penat kena berjalan sejauh 26km dan meredah hujan lebat, namun dia tidak merungut atau geram dan berfikir positif sekurang-kurangnya dia mendapat badan yang sihat.

"LRT rosak but at least i have a healthy body!" katanya.

"Kalau saya nangis call ayah dah ni. Berapa jam travel tu bang hm" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang telah mendapat 381.5K views, 35.7K likes dan 775 shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Fuhh, kalau hari-hari kena jalan jauh macam ni memang boleh pengsan dibuatnya! Apa-apa pun, abang ni memang power :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: