seismik

[VIDEO] Gelagat Penunggang Motosikal Syok Layan 'Corner' Ini Buat Netizen Terhibur

Menghiburkan betul bang!

Cover image via @senangterhibur (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai pengguna jalan raya, adalah tanggungjawab kita untuk memastikan keselamatan bersama

Antaranya adalah menjaga adab dan mematuhi setiap peraturan ketika berada di atas jalan raya kerana ia merupakan tempat yang berbahaya jika kita tidak teliti.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Instagram baru-baru ini apabila gelagat seorang penunggang motosikal telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Seronok layan corner sampai kepala terikut sekali

Menerusi video yang dikongsikan oleh @senangterhibur, kelihatan penunggang motosikal itu berada di sebuah jalan raya menuju ke destinasi yang tidak diketahui. Kelihatan jalan raya agak basah difahamkan baru saja selepas hujan.

Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah sebaik saja sampai di sebuah selekoh, penunggang motosikal itu auto melentokkan kepalanya mengikut jalan yang dilaluinya.

Situasi itu membuatkan perakam tergelak kerana tidak menyangka aksi penunggang motosikal berkenaan yang menghiburkan.

"Kepala je yang lebih bang, haha santai lah bang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat penunggang motosikal tersebut. Malah, ramai yang memberikan pandangan masing-masing mengenai kejadian itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 42K views, 4,121 likes dan 139 comments di Instagram.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Seronok pula tengok abang tu layan corner :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: