seismik

[VIDEO] Guna Kamera Tapi Tak Rakam, Netizen Jelas Sebab Ramai Orang Buat Macam Tu

Orang yang pendek, rabun dan sewaktu dengannya boleh relate perkara ini.

Cover image via Twitter @aqim0chi

Zaman sekarang dah berubah, kalau nampak ada perkara yang menarik boleh dikongsi automatik tangan akan cari telefon untuk rakam

Contoh paling mudah apabila berlakunya kemalangan atau kekecohan. Orang ramai lebih sibuk nak rakam perkara itu berbanding mendapatkan pertolongan pihak lain. 

Selain itu, jika ke konsert-konsert atau menyaksikan pertunjukan busking, sudah menjadi satu perkara wajib untuk orang ramai merakam persembahan. Kata mereka, itu semua adalah untuk kenangan. 

Image via Giphy

Baru-baru ini, tular di laman Twitter apabila seorang individu berkongsi video menunjukkan seseorang 'lupa' untuk menekan butang rakam di kamera telefon pintarnya

Niat individu tersebut dikenali sebagai Abang Bae yang berkongsi di laman Twitter miliknya itu hanyalah sekadar untuk mengusik.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat 7.4 ribu ulang kicau dan juga 8.4 ribu tanda suka. 

Susulan itu, ada netizen yang berkongsi pengalaman sama di mana mereka menyangkakan sudah menekan butang rakam tapi rupanya tidak

Namun begitu, ramai juga menjelaskan bahawa ada sebab munasabah mengapa individu itu tidak menekan butang rakam

Tak sangka ramai yang boleh relate sebab video ini! Apa-apapun, lepas ni siapa yang nak rakam kena pastikan tekan butang yang betul ya.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara video 'kreatif' yang dirakam rakyat Malaysia:

You may be interested in: