[VIDEO] Hidung Jadi Cacat Lepas Surgery, Lelaki Ini Mahu Saman Doktor Estatik RM2.7 Juta
Dia telah berbelanja sebanyak untuk RM10,000 kos pembedahan.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kecantikan dan kesempurnaan fizikal sememangnya menjadi idaman setiap orang
Siapa saja tak nak nampak cantik bukan? Tambahan lagi jika kita mempunyai beberapa kecacatan di wajah sehingga ada kalanya malu untuk berdepan umum.
Disebabkan itu, ramai yang mengambil langkah untuk 'membetulkan' kembali wajah atau kecacatan yang ada pada wajah mereka.
Namun, lain pula dengan video kejadian yang dihadapi lelaki ini apabila hidungnya menjadi cacat sebaik saja selepas pembedahan di sebuah klinik estatik telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Niat nak betulkan hidung yang senget, tapi tak sangka jadi lain
Menerusi video tersebut, seorang lelaki yang juga pemilik sebuah salon nekad mahu menyaman dua doktor estatik dari sebuah klinik kesihatan terkenal sebanyak RM2.7 juta selepas mengalami kecacatan di hidungnya.
Menurut lelaki yang dikenali sebagai Adam itu, dia pada asalnya mahu melakukan pembedahan bagi membetulkan hidungnya yang sedikit senget. Malah, doktor tersebut telah memberitahu 98 peratus hidungnya akan kembali sempurna.
Walau begaimanapun, selepas melakukan pembedahan pada 21 Mei tahun lalu dengan kos RM10,000, hidungnya menjadi cacat dan tidak seperti dijanjikan oleh doktor itu.
Beliau berkata, dalam kes ini tuntutan anak guamnya terhadap defendan atas kuasa tindakan kecuaian perubatan, salah nyata dan penipuan terhadap anak guam semasa melakukan pembedahan 'rhinoplasty surgery'.
Difahamkan,saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ditetapkan pengurusan kes pada 12 Mei ini.
"Kesiannya dia, semoga dipermudahkan" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai kejadian itu.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 8.3K likes, 2.3K comments dan 349 shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook: