seismik

"Sanggup Buat Khianat" - Penghuni Rumah Terkejut, Lihat Wanita Tabur Sesuatu Depan Rumah

Menakutkan!

Cover image via @n.shzana (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Amalan ilmu hitam sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita

Bahkan, sehingga hari ini masih ada yang mengamalkannya demi kepentingan diri atau untuk membalas dendam.

Masih ramai yang mempercayai kepada khurafat ini sehingga boleh menyebabkan pergeseran akidah umat Islam.

Baru-baru ini, tular di TikTok sebuah video memaparkan seorang wanita berkongsi detik menyeramkan yang berlaku di depan rumahnya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@n.shzana Korg rasa apa yg Perempuan tu campak ke rumah aku? Kaki tgn aku menggeletar terkejut. Ya ALLAH,. Semoga Allah lindungi aku, ank2 dan suami dr perubatan keji manusia durjana ni. Patut ke aku g buat report? Rase terancam..أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِْ فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ(Yunus 10:81) #khianat #fypage #tolongfyp #malaysia #natizen #fypviral #fypdongggggggg Amityville Horror - Scary Halloween Sound Effects - Halloween Sound Effects

Terkejut tengok lakukan aksi syirik depan mata

Menerusi video tersebut, kelihatan penghuni rumah berjaya merakam aksi menakutkan yang dilakukan oleh seorang wanita di depan rumahnya.

Difahamkan, wanita yang memakai serba putih itu secara tiba-tiba berhenti di depan rumahnya sambil membawa bekas sebelum menaburnya di depan rumah berkenaan.

Situasi itu membuatkan dia terkejut melihatnya memandangkan ia berlaku pada lewat pagi sewaktu semua orang sedang tidur.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@n.shzana Nk hantar ank skolah td cerah baru npk benda yg ditabur ni.. Mcm pasir dgn garam. X kan kebetulan plak "kakak" tu g buang pasir ke rumah aku ‍ #khianat #malaysia #akutakut original sound - Ana

"Tudung labuh tak menandakan seseorang itu baik" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenai kejadian itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3.3M views, 215.6K likes dan 22.7K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sedih tengok masih ada orang perangai dengki macam ni :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: