Wanita Ini Terkejut Dibuang Kerja Sebab Majikan Tak Mampu Bayar Gaji Minima RM1,500
Kesian dia, hmm.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pelaksanaan gaji minimum baharu RM1,500 bermula 1 Mei
Ia bagaimanapun akan hanya membabitkan majikan syarikat besar dan tidak membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Namun, tular sebuah video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi mesej perbualan antara dia dan juga majikannya yang membuangnya kerja selepas kerajaan mengumum kadar gaji minimum telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terkejut bos tiba-tiba removed dalam group WhatsApp
Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi mesej perbualan WhatsApp antara dia dan majikannya.
Difahamkan, semuanya bermula sebaik saja majikannya itu tiba-tiba membuangnya dari group kerja di WhatsApp. Dia kemudian bertanyakan perkara itu secara mesej personal kepada bosnya.
Namun, apa yang membuatkan dia terkejut adalah majikannya itu memberi tahu bahawa dia tidak perlu memasuki kerja bermula esok harinya.
Alasannya adalah apabila kerajaan mengumumkan gaji minimum perlu dinaikkan kepada RM1,500 membuatkan majikannya terpaksa memberhentikannya. Situasi itu sememangnya membuatkan dia sedih dan berdoa agar diberikan rezeki yang lebh baik.
"Boleh minta bos bayar pampasan sebab diberhentikan" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai kejadian itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3.2M views, 290.3K likes dan 9,123 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: