[VIDEO] Bapa Hilang Sabar, Anak Mengadu Driver Van Pegang Tangan & Rapatkan Muka Ke Peha
Memalukan!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kes gangguan seksual terhadap kanak-kanak kini semakin membimbangkan
Oleh itu, ibu bapa harus lebih berhati-hati dan sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak mereka. Hal ini boleh menjadi semakin merisaukan tambahan lagi bagi mereka yang masih tidak faham apa sedang berlaku.
Tular di Facebook baru-baru ini, perkongsian seorang bapa mendakwa anak perempuannya di ganggu oleh seorang pemandu van sekolah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menggelegak darah lepas dengar cerita daripada anak
Menurut individu bernama Tuan Amir Danau itu, anaknya tiba-tiba meminta si abang yang menghantarnya ke sekolah kerana tidak selesa dengan kelakuan pemandu van.
Jelas anak perempuan itu lagi, pemandu van berkenaan akan mengambil anak perempuannya terlebih dulu setiap hari sekitar jam 6.20 pagi.
Malah, dia meminta agar kanak-kanak itu duduk di bahagian depan pemandu. Namun sebelum itu dia duduk di bahagian belakang.
Difahamkan, dia telah pun membuat laporan polis dan tangkapan sudah dilakukan.
Lihat perkongsian penuh itu di bawah:
"Now i'm worried for my daughter in future" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah dan risau dengan perkara yang berlaku.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 113.3K views, 4,089 retweets dan 4,971 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter: