seismik

[VIDEO] Ibu Tak Nak Teman Main, Cara Budak Perempuan Ini Merajuk Buat Ramai Terhibur

Habislah pakwe dia besar nanti.

Cover image via @dayahroslan94 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Orang kata, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi

Iyalah, perangai siapa lagi anak-anak akan ikut kalau bukan ibu atau ayah betul tak? Tetapi, telatah mereka jugalah yang selalunya mencuit hati. Kalau datang time merajuk tu, bukan main muncung lagi mulutnya.

Sama juga seperti video di TikTok ini apabila ragam si kecil merajuk kerana ibunya tidak mahu bermain dengannya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@dayahroslan94

Dia merajuk sbb xmau main dgn dia banyak akai la, pandai merajuk dh

original sound - Dayah Roslan

Merajuk sebab ibu tak nak teman main, siap berpeluk tubuh macam orang besar

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @dayahroslan94, kelihatan anaknya itu sedang merajuk kerana tidak dapat sesuatu.

"Dia merajuk sebab tak mau main dengan dia. Banyak akai la, pandai merajuk dah," tulisnya di kapsyen video tersebut.

Rupa-rupanya, si kecil itu merajuk kerana ibunya tidak mahu melayannya bermain dukung di kaki. Apa yang lebih menghiburkan adalah caranya merengus dan berpeluk tubuh itu seperti orang besar.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@dayahroslan94

Dia nak main macam ni la semalam, hmm lengoh tau dak kaki tu bukan pause tau

original sound - Dayah Roslan

"Merajuk macam umi dia jugaklah kan, hehehe comelnya" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 372.1K tontonan, 32.5K tanda suka dan 1.5K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat ragam si kecil itu yang comel. Malah, ada juga yang berkongsi perangai sama anak mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kuat dramalah awak dik, nasib baik comel tau! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: