"Too Cute To Handle!" - Mengada Dengan Daddy, Gelagat Si Kecil Ini Curi Tumpuan Ramai
Insecure sebab comel sangat ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasangan mana je yang tak teringin dikurniakan anak comel-comel bukan?
Dengan kehadiran cahaya mata, sudah tentu rumah tangga akan lebih bahagia dan bermakna kerana mereka sememangnya pembawa rezeki buat pasangan yang sudah berkahwin.
Tular baru-baru ini sebuah video di TikTok memaparkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang bertukar mood bila dengan ayahnya mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buat mulut cebik konon merajuk, bila ayah pujuk terus berubah mood
Menerusi video yang dimuat naik oleh @shudxxx, kelihatan anaknya itu seperti dalam mood tidak berapa baik dan memuncungkan mulut tanda sedang merajuk.
Air matanya juga dilihat bertakung kerana ditegur ibunya kerana tidak boleh bermain di taman. Namun, apabila ayahnya memujuk si kecil itu pantas tersenyum dan menepuk tangannya.
"MashaAllah comelnya dia, kecik-kecik dah good looking. Nak satu macam ni, dalam Shopee ada jual tak?" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya mencecah sehingga 1.9M tontonan, 285.1K tanda suka dan 13.2K perkongsian di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si kecil itu yang sangat comel. Malah, ramai yang berpendapat dia akan menjadi seorang yang sangat cantik apabila besar nanti.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: