[VIDEO] Inai Masih Merah, Wanita Tak Sangka Suami Pergi Selamanya Ini Buat Ramai Sebak
Al-Fatihah buat arwah suaminya.
Pasangan suami isteri sudah tentu mahukan hubungan mereka kekal sehingga akhir hayat
Namun, kadangkala situasi akan berubah. Kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan merupakan perancang yang terbaik.
Sama seperti kisah seorang wanita yang tular baru-baru ini di TikTok apabila dia kehilangan suami setelah beberapa hari berkahwin telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Inai masih merah, wanita meratapi kepergian suami
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berkongsi kisah dukanya di laman TikTok.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila wanita itu kongsi jarinya yang masih mempunyai inai merah. Dia baru saja kehilangan suaminya 22 hari yang lepas. Kesedihannya membuatkan ramai sebak.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Allahuakbar sesungguhnya Allah sebaik perancang. Sabar ye sis, kuatkan hati" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 819K tontonan, 19K tanda suka dan 768 komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!