seismik

[VIDEO] "Ingat Orang Tadi" - Kuda Datang Ketuk Pintu Rumah Ini Undang Tawa Netizen

Kuda ni datang nak membawang kot.

Cover image via @itsjlll4 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sama seperti manusia, haiwan juga mempunyai keperluan asas untuk hidup seperti makanan, air dan tempat tinggal

Keadaan rumah manusia yang lengkap dengan keperluan asas ini mungkin menarik perhatian mereka untuk datang. Namun, pasti anda terkejut jika tiba-tiba ada seekor kuda yang muncul di hadapan rumah bukan?

Sama seperti video yang tular di TikTok baru baru ini berkenaan seekor kuda yang datang mengetuk pintu rumah seorang wanita telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Bukan waktu siang sahaja, malam pun kadangkala ia datang ketuk

Menerusi video yang dimuat naik oleh @itsjlll4, kelihatan seorang wanita berada di dalam sebuah rumah kampung.

Apabila mendengar bunyi ketukan, dia pun berjalan ke arah pintu untuk membukanya. Namun, dia terkejut kerana yang disangkanya manusia rupa-rupanya adalah kuda yang datang.

Apa yang melucukan adalah apabila dia ingin menutup pintu kerana takut tetapi kuda itu boleh pula cuba untuk masuk ke dalam rumah. Menurut wanita itu, kuda tersebut memang selalu datang, kadangkala waktu malam pun pintu rumahnya diketuk.

"Lain macam tetamu, kesian dia ajaklah makan-makan dan minum air dulu" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 583.9K views, 64.9K likes dan 528 comments di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan situasi di mana kuda datang mengetuk pintu rumah wanita tersebut. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Jemput lah kuda tu masuk dulu kak, mana tahu dia bawa gosip panas hahaha :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: