seismik

"Buang Bos Baru Rare" - Cara Lelaki Ini Suruh Majikan Berhenti Kerja Buat Ramai Terhibur

Cuba kalau depan-depan bang berani tak?

Cover image via @mohamadhamdi9270 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Berkerja dengan bos yang bermasalah bukanlah satu perkara yang mudah

Biasanya anda hanya pulang ke rumah dan mengadu kepada rakan-rakan atau keluarga mengenai tekanan yang dihadapi. Namun, sebenarnya perkara ini tidak cukup untuk melepaskan geram.

Berbeza pula dengan video di TikTok baru-baru ini berkenaan gelagat seorang lelaki yang membebel kepada majikannya kerana terlalu geram telah membuatkan ramai terhibur.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mohamadhamdi9270 #fyp kalau bos xsuka saya reja kt kilang bos .#bos bunyi asal - MohamadHamdi9270

Suruh bos yang berhenti kerja, tetapi hanya mampu cakap dari jauh

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @mohamadhamdi9270, kelihatan lelaki itu sedang membebel kepada bosnya. Disebabkan terlalu geram, lelaki tersebut dengan berani menyuruh bosnya berhenti kerja jika banyak sangat complain mengenai dirinya.

Malah, dia juga sempat mengugut bosnya untuk cepat berhenti kerja sebelum dia sendiri memberhentikan bosnya itu. "Baik bos berhenti sebelum saya buang bos", ugut lelaki itu. 

Namun, apa yang melucukan adalah apabila dia hanya mampu membebel dari jauh dan tidak berani untuk berhadapan dengan bosnya itu. Hal ini mendapat perhatian ramai kerana jarang-jarang sekali ada pekerja yang meminta bosnya berhenti, selalunya pekerja yang diberhentikan. 

"Saya dah try buat macam ni kat bos saya, betul-betul menjadi lah, saya dah tak kerja, bos saya dah buang saya" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 241.4K views, 17.8K likes dan 699 comments di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan menyokong bebelan lelaki tersebut berkenaan bos yang sepatutnya berhenti kerja. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bukan biasa biasa ya abang ni bos pula yang disuruh berhenti. Nasib baik bos tak ada TikTok kalau tak habislah :'D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: