seismik

[VIDEO] Kahwin Dengan Kawan Baik, Suami Siap 'Spotcheck' Gaya Tudung Dulu Sebelum Keluar

Lulus baru boleh keluar.

Cover image via @babyymanual (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika bercakap soal jodoh, pasti kita akan tertanya-tanya siapakah jodoh, adakah ia sesuai dengan kita dan sebagainya

Namun, jodoh dan ketentuan itu semua telah ditetapkan oleh Allah untuk kita. Kita hanya perlu yakin dan berdoa padanya. Kadangkala kita tidak sedar pun yang jodoh kita sebenarnya sudah berada lama di depan mata.

Situasi itu sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi gelagat suaminya yang juga merupakan kawan baiknya sebelum berkahwin mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@babyymanual Bila kau kawen dengan bestfriend kau be like #fyp #tiktok Dj BonBon Remix - ᴺᵀᵀ᭄

Suami spotcheck gaya tudung isteri dulu sebelum keluar rumah

Menerusi video perkongsian daripada @babyymanual, kelihatan dia semasa itu sedang bersiap-siap keluar rumah bersama dengan suaminya sambil membetulkan tudungnya.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila suaminya turut menolong sekali dia membetulkan tudung dengan mengayakan kembali style tudung wanita itu supaya lebih sedikit labuh.

Penampilan tudung wanita tersebut  ternyata ‘diperiksa’ oleh suaminya sebelum mereka keluar rumah. Situasi itu membuatkan wanita berkenaan diam dan hanya mengikut kehendak suaminya.

"Saya dah lah single, tengok video ni lagilah terasa single" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya. Malah, ada yang menganggap dia bertuah kerana mendapat suami yang protective terhadap penampilannya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 680.7K views, 48.4K likes dan 1,218 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bagus suami dia, nak bagi isteri nampak cantik dan sopan dalam satu masa :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: