seismik

[VIDEO] Kami Rasa Video CNY Ini Mungkin Yang Paling Unik Di YouTube

Jujur kami cakap, video sebegini tidak pernah dihasilkan sebelum ini. Kreatif dan menarik!

Cover image via SAYS.com

Lagu terbaru Tahun Baru Cina nyanyian beberapa bintang Ceria Popstar bersama artis-artis Astro Ben Di Quan ini membawa sambutan perayaan tersebut ke tahap terbaru

Image via SAYS.com

Berjudul Ceria Xi Yang Yang, lirik lagu ini ditulis dan dinyanyikan dalam Bahasa Melayu. Rasanya, tidak pernah ada lagi lagu Tahun Baru Cina yang ditulis dalam bahasa selain Bahasa Cina sebelum ini.

Image via SAYS.com

Bukan setakat Bahasa Melayu, liriknya turut digabungkan dengan Bahasa Mandarin pada bahagian korus dan juga beberapa bahagian lain, menjadikannya lebih bersifat majmuk

Image via SAYS.com

Selain itu, ia turut diselitkan dengan sedikit eleman 'rap' pada pertengahan lagu

Image via SAYS.com

Apa yang menarik tentang klip video lagu ini ialah, ia jelas memaparkan budaya rakyat Malaysia yang sering kunjung-mengunjung serta ziarah-menziarahi...

Image via SAYS.com

... perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain terutama kepada yang lebih tua...

Image via SAYS.com

... nilai kebersamaan, perpaduan dan keharmonian hidup sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa...

Image via SAYS.com

... dan juga nilai kegembiraan yang dikongsi bersama seluruh masyarakat ketika perayaan diadakan.

Image via SAYS.com

Bukankah nilai-nilai ini yang kita rakyat Malaysia mahukan? Saksikan klip video penuh lagu Ceria Xi Yang Yang yang sangat menarik ini di bawah. Selamat menonton!

JUGA DI SAYS: [SHARE] Bagaimana Cikgu SMK La Salle Ini Tersenarai Sebagai 50 Guru Terbaik Di Dunia

You may be interested in: