seismik

[VIDEO] Konon Cakap Besar Tak Takut Sunat, Sekali Belum 'Cucuk Jarum' Lagi Dah Menangis

Dia punya takut tu tak boleh bawa bincang.

Cover image via @datinismatia (Instagram)

Bersunat merupakan salah satu perkara yang wajib dilakukan bagi semua umat Islam

Sunat dapat merujuk kepada status hukum syariat sebuah aktiviti dalam Islam yang dilakukan sehingga seseorang mendapat kebaikan (pahala), namun bila ditinggalkan rugilah seseorang Muslim itu.

Musim cuti persekolahan pastinya merupakan waktu yang paling popular bagi ibu bapa membawa anak lelaki masing-masing untuk bersunat.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila gelagat kanak-kanak lelaki ini mahu bersunat mencuri perhatian.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malaysia Dateline

Action cakap tak takut sunat, tapi belum injection dah meraung

Menerusi video berkenaan, kelihatan kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Aqeel itu memberitahu dia pada mulanya sangat teruja dan tidak sabar untuk bersunat.

Tetapi, sangkaan itu berubah apabila Aqeel tiba-tiba merasa takut dan menangis kerana perlu disuntik.

Menggigil habis bila sampai turn untuk bersunat, takut lain macam

Walau bagaimanapun, belum sempat sampai ke pusat perubatan terbabit, Aqeel sudah mula meraung ketakutan sewaktu dalam perjalanan.

Dia kemudian terpaksa ditenangkan oleh beberapa orang petugas agar semuanya berjalan dengan lancar.

Kejadian itu malah telah terbawa-bawa sehingga Aqeel pulang ke rumah, sekali gus membuatkan petugas di situ mengambil kesempatan untuk mengusiknya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terhibur melihat video berkenaan dan berkongsi pengalaman masing-masing

Nanti dah besar mesti dia tergelak balik tengok video ni kan :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: