seismik

[VIDEO] Mahkamah Arah Hafidz Roshdi Pergi Ke Hospital Bahagia Untuk Rawatan Psikiatri

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret, Siti Fatimah Talib.

Cover image via Berita Harian & Gathercare

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama pelakon lelaki Hafidz Roshdi sudah tidak asing lagi dalam Malaysia sejak kes rumah tangganya retak gara-gara orang ketiga

Selepas menceraikan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, tular pula dia sengaja mencederakan muka Shuhada sehingga meninggalkan parut kekal.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 29 tahun itu dikenakan ikat jamin sebanyak RM4000 oleh seorang penjamin selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Image via Kopi Planet

Terkini, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu perintah pelakon Hafidz Roshdi jalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak

Menurut sumber, perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terdahulu, Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di depan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: