seismik

"Thank You For This Cacat Kekal Di Muka" - Bekas Isteri Dakwa Ditumbuk 3 Kali Oleh Hafidz

Teruk juga tu.

Cover image via @shushukriii (Instagram) & @hafidz.roshdi (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi mendakwa telah ditumbuk sebanyak 3 kali

Ia mula tular apabila Shuhada sendiri yang memuat naik status di Instagram storiesnya. Dapat dilihat, dia kini sedang menerima rawatan di sebauh hospital.

Foto dimuat naik menunjukkan ibu kepada dua cahaya mata itu mengalami kecederaan pada wajah kiri yang didapati berbalut.

Lihat posting itu di bawah:

Ahli keluarga sahkan Nurul Shuhada ditumbuk Hafidz

Menerusi sumber, ahli keluarga mengesahkan Nurul Shuhada Mat Shukri ditumbuk tiga kali oleh bekas suaminya yang juga pelakon Hafidz Roshdi selepas berlaku pertengkaran.

Difahamkan, Hafidz dilaporkan menumbuk pada bahagian muka Nurul Shuhada sehingga mengalami kecederaan.

Ahli keluarga berkata, Shuhada kemudiannya dibawa ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan, malah laporan polis sudah dibuat oleh dua ahli keluarga yang menyaksikan kejadian itu.

"Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Nurul Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka," katanya.

Shuhada juga mendoakan agar suaminya diberi balasan setimpal atas perbuatan mencederakannya melalui Instagram stories.

Lihat posting itu di bawah:

Allahuakhbar, teruk dah kes kalau masuk hospital macam ni. Semoga Shuhada cepat sembuh!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: