seismik

Berani Tunjuk Samseng Hentikan Bas, Pemandu & Penumpang BMW Ini Ditahan Polis

Jenayah membawa padah.

Cover image via Twitter

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Saban hari, kes jenayah di dalam negara semakin membimbangkan ramai

Kes jenayah ini boleh berlaku dalam pelbagai kalangan umur. Tentu sekali ini amat merisaukan. Bahkan, ia boleh terjadi di mana-mana saja.

Tambahan lagi, semakin ramai gangster jalanan yang sering membuat kecoh di jalan raya sehingga kadangkala mencederakan orang awam.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan dua orang lelaki berlagak samseng kerana menahan sebuah bas awam telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Kini sudah ditahan polis untuk siasatan lanjut

Menerusi video tersebut, dapat dilihat sebuah kereta BMW hitam berhenti di tengah jalan sebelum menuju ke arah bas tersebut.

Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, lelaki berusia 32 dan 42 tahun ditahan kira-kira 9 pagi di daerah ini susulan laporan dibuat pemandu bas terbabit 10.11 pagi semalam.

"Pemandu bas melihat sebuah kereta BMW hitam berhenti di tengah jalan dan seakan-akan memberi jalan kepadanya yang ketika itu sedang keluar dari jalan berkenaan"

"Kereta dinaiki suspek memotong dan berhenti di hadapan bas berkenaan. Seorang suspek memarahi mangsa dengan menghentak beberapa kali dinding bas menggunakan tangannya," katanya.

Manakala seorang lagi rakannya menghampiri mangsa dengan memegang cermin sisi kanan bas dan cuba merosakkannya namun mangsa sempat bergerak meneruskan perjalanan.

Difahamkan, pemandu bas percaya kedua-dua suspek disyaki berada dalam keadaan mabuk.

Image via Twitter

"Ini bukan mabuk ni. Macam mereka ni dapat bantuan untuk guna alasan mabuk" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam tindakan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 255.9K views, 2,241 retweets dan 3,012 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Kenapalah sampai nak serang macam tu, kan boleh cakap elok-elok :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: