seismik

[VIDEO] Wanita Rugi RM500, Tak Sedar Penyamun Masuk Kereta Curi Handbag Di Stesen Minyak

Bahayanya.

Cover image via Facebook

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia sekarang, banyak kes jenayah yang kita boleh lihat tidak kira di mana tempat

Hal ini sudah semestinya membimbangkan orang ramai kerana ia boleh terjadi kepada sesiapa saja. Sebab itu, kita perlu lebih peka dan berwaspada tambahan lagi jika kita berseorang diri.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan dua orang penyamun dengan licik mencuri beg tangan seorang wanita ketika berada di sebuah stesen minyak telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Dua orang suspek kini sedang diburu polis

Menerusi video tersebut, kelihatan mangsa yang juga merupakan seorang wanita tidak menyedari bahawa suspek sedang menunggu dirinya membuka kunci kenderaan.

Ketika itu mangsa baru sahaja selesai mengisi minyak dan apabila dia membuka kunci kereta, suspek dengan pantasnya menyamun beg tangan mangsa yang terletak di bahagian penumpang hadapan.

Menyedari perkara itu, mangsa cuba mengejar suspek tetapi tidak berjaya kerana mereka terlalu laju dan terus menaiki motosikal.

Difahamkan, suspek masih diburu dan anggaran kerugian adalah sebanyak RM500 dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Image via Facebook

"Always lock your door" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen turut memberikan pendapat mereka masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 97 likes, 63 comments dan 339 shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

Sebab itu tak boleh leka, kena hati-hati takut situasi macam ni berlaku :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: