seismik

Print Gambar Budak Hilang Sejak 1998, Lepas 25 Tahun Ibu Bapa Ini Masih Tidak Putus Asa

Kesiannya.

Cover image via @magmalaya (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sindiket penculikan kini semakin membimbangkan dalam negara

Bukan hanya pada budak kecil, malah pada orang dewasa juga. Bahkan, lebih menyayat hati ada organ manusia yang dijual hasil daripada penculikan itu.

Sememangnya ia perkara yang amat digeruni oleh semua orang. Disebabkan itu, kita perlu lebih berhari-hati ketika berada di luar.

Tular sebuah posting di Twitter ini apabila seorang individu berkongsi kotak yang diterima dari China ini telah menyayat hati ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Ibu bapa masih tidak putus cari anak walaupun sudah lebih 25 tahun

Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi kotak pakej yang baru diterima daripada supplier di China. Difahamkan, dia membeli sedikit barang dari sana.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia kemudian berkongsi pada atas kotak tersebut yang memaparkan gambar seorang kanak-kanak.

Difahamkan, ia adalah salah satu usaha bagi mencari kanak-kanak tersebut yang sudah hilang sejak tahun 1998. Malah, ia juga tertera ciri-ciri kanak-kanak tersebut. Lebih menyedihkan, ibu bapanya masih tidak berputus asa mencari anak mereka selepas 25 tahun.

"Pulanglah Sayang"
"Wang Yu Yun, Lelaki"
"Lahir 28/1/1993"
"Keunikan: belah atas telinga kiri budak ada parut jahitan"
"16/5/1998, Wang Yu Yun hilang ketika bermain di hadapan sebuah kedai gunting rambut di Lorong XiChang, Bandar JinCheng"
"Hubungi Polis ," tulis pada kotak itu.

Lihat video itu di bawah:

"He just turned 30 last January. Moga keluarganya tabah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sedih dan berharap agar semuanya dipermudahkan keluarga tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 6,261 retweets, 166 quotes tweets dan 11.8K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Sedihnya, ibu bapa masih tak putus asa cari anak dia sampai jumpa :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: