seismik

[VIDEO] Mak Cik Ini Terpaksa Geledah Lori Sampah Balik Lepas Terbuang Emas Bernilai RM70K

Wow, bukan sikit banyak tu!

Cover image via Idda Melisa (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Barang kemas menjadi benda yang paling diminati terutamanya bagi golongan wanita

Kadangkala memang rambang mata dibuatnya masa tengok barang kemas. Malah, ia juga boleh dikatakan penyelamat jika kita mengalami kesukaran kerana kita boleh menjualnya kembali dengan harga yang tinggi.

Sebab itu ramai orang sekarang ini lebih suka melabur wang mereka kepada membeli emas berbanding benda lain.

Baru-baru ini tular sebuah video di Facebook menunjukkan seorang mak cik terpaksa menyelongkar kembali timbunan sampah kerana terbuang barang kemas miliknya telah menarik perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terpaksa selongkar lori sampah nak cari barang kemas balik

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita bertemu dengan pekerja pembersihan bagi mencari barangan kemas yang telah dibuang.

Difahamkan, kejadian berlaku kerana wanita tersebut pada awalnya mahu membuang sampah tetapi secara tidak sengaja telah memasukkan barang kemas yang disimpan di dalam bekas berwarna hijau.

Dia kemudian menyedari perkara tersebut lalu dengan segera memanggil pekerja pembersihan itu untuk mencari barang kemas miliknya yang dianggarkan bernilai RM70,000.

Mujur, akhirnya wanita itu berjaya menjumpai semula bekas yang mengandungi beberapa barang kemas miliknya. Dia juga meluahkan rasa syukur.

"Allahhu ada rezeki tak kemana. Seriau tengok banyak tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur mereka kepada wanita tersebut kerana akhirnya dia menjumpai barang kemasnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 69K views, 1K likes dan 625 comments di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Rezeki mak cik tu lah dapat pun jumpa balik, kalau tak boleh menangis rasa :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: