[VIDEO] Menangis Tengok Pertunjukan Haiwan Di Zoo, Ramai Faham Perasaan Gadis Ini
Pencinta haiwan je faham.
Jika kita berkunjung ke zoo, sudah tentu kita akan merasai pengalaman melihat pertunjukan haiwan seperti singa laut, dolphin, orang utan dan sebagainya betul tak?
Walaupun ianya menyeronokkan, tetapi bagi sesetengah individu yang hatinya sensitif mungkin tidak sama seperti orang lain.
Seperti sebuah video ini yang memaparkan seorang gadis menitiskan air mata ketika sedang menonton pertunjukan haiwan di Zoo Negara telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Member hati tisu, menangis tengok pertunjukan haiwan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nrasfarini, kelihatan dia dan kawannya sedang berada di Zoo Negara dan menonton pertunjukan haiwan di bahagian kolam.
Namun, kawannya itu tiba-tiba mengesat air mata semasa pertunjukan singa laut dijalankan.
Rupa-rupanya, kawannya itu sedih kerana merasa kesian melihat haiwan itu dikurung dan tidak bebas. Malah, ia dijadikan sebagai bahan hiburan penonton luar.
"That’s why I tak suka pergi tempat-tempat macam ni. Kesian kat diaorang, kita pulak sensitive hm" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 259.6K tontonan, 22.4K tanda suka dan 172 perkongsian di TikTok.
Rata-rata warganet turut memahami perasaan gadis itu dan meluahkan pendapat masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!